Thursday, November 11, 2010

SK SG. SETAPANG CIPTA REKOD 100% LULUS UPSR 2010..!!!!



SK Sungai Setapang telah mencipta rekod baru dalam UPSR apabila semua murid tahun 6 yang mengikutinya lulus dengan cemerlang. Calon UPSR pada tahun ini adalah 8 orang murid dan semua mereka lulus semua matapelajaran dengan matapelajaran Bahasa Malaysia Penulisan merupakan lubuk A para murid. Berita gembira ini juga di tambah dengan kejayaan seorang calon yang mendapat 5 A dalam semua matapelajaran. Murid tersebut ialah adik Winny Tiong. berita gembira ini disambut dengan rasa syukur dan menambahkan semangat juang guru2 bagi mengangkat martabat SKSS lebih berjaya lgi. Jutaa terima kasih di ucapkan kepada guru2 SK Sg Setapang terutama guru2 tahun 6 kerana tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu kepada setiap murid. Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2010 SK Sg Setapang:

Alexson Atam 5B

Asrie Linggie 3A 1B 1C

Berry Jakup 2B 3C

Grace Imelda 2B 3C

Heren Shelly 3A 2B

Mcateer Ambu 3A 2B

Vanessa Jane 1A 1B 3C

Winny Tiong 5A


100% Lulus







Wednesday, November 10, 2010

SUKANEKA 2010

Sukaneka yang berlangsung baru-baru ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dan berjaya menarik perhatian murid dan ibu bapa yang menghadirinya. Sukaneka SKSS merupakan aktiviti tahunan yang di anjurkan oleh pihak sekolah kepada murid2 dan juga ibu bapa bagi mengeratkan hubungan tali persaudaraan antara pihak sekolah. aktiviti yang di jalankan terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori prasekolah, kategori murid dan kategori ibu bapa dan guru. Antara permainan yang di jalankan ialah maju dan undur, bawa bola dengan gelung rotan, bina bangunan, lari dalam guni dan berbagai lagi. Di harap aktiviti sukaneka ini akan tetap berlangsung di masa akan datang dan dijadikan sukan tahunan sekolah......MARI BER SUKANNNN....!!













Tuesday, November 2, 2010

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM MARUDI DAN MUZIUM MARUDI

SKSS telah mengadakan lawatan sambil belajar di Perpustaan Awam Marudi dan Muzium Marudi buat julung kalinya bagi mengisi program kembara SKSS ke agensi luar. Lawatan ini melibatkan murid-murid tahun 3 hingga 6 dan di iringi oleh beberapa orang guru. Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peranan agensi-agensi luar dalam menambah ilmu pengetahuan dan memberi pengalaman baru serta sejarah di sekeliling mereka. Jutaan terima kasih kami kepada pihak Perpustakaan Awam Marudi dan Muzium Marudi di atas komitmen dan sambutan yang diberikan.....MARI MEMBACA DAN BERSEMANGAT PATRIOTISME....!!