
SK Sungai Setapang telah mencipta rekod baru dalam UPSR apabila semua murid tahun 6 yang mengikutinya lulus dengan cemerlang. Calon UPSR pada tahun ini adalah 8 orang murid dan semua mereka lulus semua matapelajaran dengan matapelajaran Bahasa Malaysia Penulisan merupakan lubuk A para murid. Berita gembira ini juga di tambah dengan kejayaan seorang calon yang mendapat 5 A dalam semua matapelajaran. Murid tersebut ialah adik Winny Tiong. berita gembira ini disambut dengan rasa syukur dan menambahkan semangat juang guru2 bagi mengangkat martabat SKSS lebih berjaya lgi. Jutaa terima kasih di ucapkan kepada guru2 SK Sg Setapang terutama guru2 tahun 6 kerana tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu kepada setiap murid. Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2010 SK Sg Setapang:
Alexson Atam 5B
Asrie Linggie 3A 1B 1C
Berry Jakup 2B 3C
Grace Imelda 2B 3C
Heren Shelly 3A 2B
Mcateer Ambu 3A 2B
Vanessa Jane 1A 1B 3C
Winny Tiong 5A