SK Sungai Setapang merasa sangat bertuah kerana keluarga kami makin bertambah dengan kemasukan guru baru Cikgu Joannes ak Pasin pada bulan September yang lalu. Cikgu Joannes merupakan guru opsyen Bahasa Inggeris dan mendapat pengalaman 5 tahun mengajar di SK Long Na'ah sebelum berpindah ke SK Sungai Setapang. SKSS ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di SK Sungai Setapang dan di harapkan agar SKSS akan terus lebih maju dan cemerlang dengan penambahan anggota baru ini......WELCOME CIKGU JOE....!!
Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini,SKSS telah merangka beberapa aktiviti yang bertujuan untuk menanam jati diri murid-murid supaya lebih cintakan negara dan bersemangat patriotisme. Aktiviti yang di adakan pada hari kemerdekaan pada tahun ini ialah pertandingan pakaian beragam dan tradisional, pesta pantun kemerdekaan, kuiz kemerdekaan dan nyanyian lagu patriotik. Aktiviti ini berjaya memberikan kesan kepada murid-murid dan menghayati semangat patriotisme sepenuhnya di dalam jiwa mereka.