Thursday, January 28, 2010

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KAMI.....














SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA KEPADA SEMUA..

Saya cukup berterima kasih kepada Tuhan kerana pelancaran laman web SKSS yg sulung ini. Disini juga saya cukup berbangga dengan kejayaan sekolah ini membina laman web yang bagi saya merupakan titik permulaan kepada kemajuan dan pembangunan SKSS.

Objektif utama laman web sekolah disediakan ialah untuk memudahkan warga sekolah untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini mengenai sekolah ini. Dalam kepesatan teknologi ICT ini saya berharap semua warga pendidik terutamanya guru-guru tidak ketinggalan menggunakan teknologi maklumat ini.

Saya percaya laman web baru ini akan dapat memberi lebih manfaat kepada para pelajar, ibu bapa, penjaga, warga pendidik dan masyarakat sekitar. Dengan pelancaran laman web sekolah ini juga, budaya penggunaan ICT diharap akan lebih meluas di kalangan pelajar dan pendidik, seterusnya sekolah akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa-masa akan datang.

Akhirnya diharapkan laman web ini menjadi wadah untuk memaparkan segala aktiviti atau peristiwa yang berlaku di SKSS di samping memperkenalkan SKSS kepada masyarakat luar.

Sekian,terima kasih..

No comments:

Post a Comment